Thursday, December 27, 2012

DIA kesayangan kami

lahirnya dia di dunia ini
dunia yang penuh dugaan.

keluarnya dia disambut gembira
ibu bapa dan saudara sedarahnya.

membesarlah dia menjadi gadis 
seorang yang membanggakan.

dia yang namanya
seindah tuan empunya diri.

impiannya yang setinggi gunung
usahanya yang setinggi gunung.

dia yang masih terlalu muda
masih banyak cabang yang perlu dipilih.

sempena ulang tahun ini, 
banyak kumahu nasihatkan.

nasihatku kepadanya
dia yang berstatus adikku.

jalan hidupmu baru sebentar ditempuhi
jalan yang onak berduri masih banyak belum diteroka.

bila tiba saatnya
harapanku hanya satu
hadapilah ia dengan tabah
kerana setiap yang berlaku
itu kehendak-nya.

happy birthday ADEK CITI. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. semoga medapat segala keredhaan-Nya. dan semoga menjadi muslimah dan anak yang soleh. insyaAllah.







No comments: