Thursday, December 27, 2012

DIA kesayangan kami

lahirnya dia di dunia ini
dunia yang penuh dugaan.

keluarnya dia disambut gembira
ibu bapa dan saudara sedarahnya.

membesarlah dia menjadi gadis 
seorang yang membanggakan.

dia yang namanya
seindah tuan empunya diri.

impiannya yang setinggi gunung
usahanya yang setinggi gunung.

dia yang masih terlalu muda
masih banyak cabang yang perlu dipilih.

sempena ulang tahun ini, 
banyak kumahu nasihatkan.

nasihatku kepadanya
dia yang berstatus adikku.

jalan hidupmu baru sebentar ditempuhi
jalan yang onak berduri masih banyak belum diteroka.

bila tiba saatnya
harapanku hanya satu
hadapilah ia dengan tabah
kerana setiap yang berlaku
itu kehendak-nya.

happy birthday ADEK CITI. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. semoga medapat segala keredhaan-Nya. dan semoga menjadi muslimah dan anak yang soleh. insyaAllah.







Monday, December 3, 2012

bola sepak zaman bangunan batu rumput kapet

terasa rajin pulak nak buat post hari ni..hik3..

ok. jom kita cakap pasal bola.

ade x sesape yang minat bola?

ayah saya minat, k.na dan k.su saya minat, adek lelaki saya minat.

saya??

Not Interested...

kenapa?

sebab2 nye:
1) Game lame sangat, 90 minit xtermasuk masa tambahan.game lain kejap je habes.

2) dah la main 90 minit kadang2 satu gol pun xmasuk, buat penat je tengok lame2, buat penat je sorak2, buat penat je berdebar2 tyme bola sikit lagi nak masuk, buat penat je marah bile bola sikit lagi nak masuk..

haha...memang bukan peminat bola ponn...

sebenarnya ade satu yang saya xberapa suka.

kalau kita tengok berita bola sekarang, kelantan makin menonjol. asyik menang je(entah la betul ke x).

pastu, rakyat2 kelantan ni bangga la...gomo klate gomo..hehe

tapi masalahnya, cbe kita tengok team kelantan tu, kalaulah semua player tu orang kelantan, tu baru kita boleh bangga. ni x, yang menonjol nye banyaknya bukan org kelantan sendiri, siap foreigner lagi. so, saya fikir xperlu bangga2 sangat. yang sumbat gol tu pun bukan org kita. yang terer tu bukan orang kita. (yang paling sure yang menang tu kelab kita). [mostly semua kelab bola sepak anywhere macm ni]

ok fine. maybe ade org akan cakap, kelab eropah pun semua import export, lumrah bola sepak macam tu. baru game seronok.

but i think it is better if the club, all the players are klantanese (contohnye). so, bolehlah kalau nak jadi kipas-susah-nak-mati giler2. so boleh bangga2 tahap hidung kembang sampai xleh nak kempis.

no offense ok. ni just pendapat seseorang yang totally 100% not a fan of bola sepak.[but a fan of only handsome footballers kih3..]

*btw: saya pernah jugak la tengok bola sepak ni, selalunya luck saya xbaik sangat, sebab semua match yang saya tengok both team xdapat gol. except this one time, when this guy(opss , i dont remember his name but he is very famous footballer, MU, i messed up his name with leonardo dicaprio haha.) shot a gol in very cool-amazing way, that was the last time i saw a football match with gols. LOL.*





Sunday, December 2, 2012

anyeong!

aloo....willkomen...

last post kat blog ni lebih kurang 6 bulan yang lepas...hahaha...

ni da bulan disember, lagi sebulan nak masuk tahun baru masihi. cepat kan masa berjalan. pejam pejam celik dah masuk round ke2 tahun 4. exam tuk round second ni pon dah xlama lagi..

clinical year ni memang menarik, baru terasa macam nak jadi doktor. tapi honestly, dulu saya ingat yang clinical year ni busy giler. rupe-rupenya xlah sangat. lecture bukan macam dulu. kalau dulu lecture macam susah je nak ingat semua tapi yg clinical ni, sebab kita nampak case depan mata so, kita automatically boleh recall n cepat paham mende2 yang dulu agak unimagineable. 

xtahula kalau orang lain punyer pendapat lain, tapi ni yang pasti ni apa yang saya rasa. ataupun department yang saya baru masuk ni xsesusah yang lain..

sekarang da winter, tapi xsesejuk tahun lepas.

it is a sign of GLOBAL WARMING!!!

ni semua kerje manusia...

ok, xnak emo2...nak pergi makan...

tata titu titi..

Saturday, June 2, 2012

halal n baik

kita sebagai umat islam mesti pernah dengar ayat ni "Halalan Toyyiban" yang mana memberi makna atau ajaran kepada kite khusunya makanan yang Halal dan Baik.

kalau kita perasan, kita xlupe akan perkataan Halal itu, kita dengan strictnya tidak akan lansung menyentuh makanan2 haram like khinzir and arak.

tapi kita selalu lupe akan perkataan yang satu lagi, Toyyiban. Toyyiban di sini membawa maksud kepada makanan yang baik untuk kesihatan kita.

memangla maggi tu halal dimakan, tapi adakah baik untuk kita.

ini just reminder tuk kita semua, tak pula juga kepada tuan punya badan ini :)

Friday, June 1, 2012

purple n pink


kami section 2 third year:)

Wednesday, May 30, 2012

marah

setiap daripada kita tidak mungkin tidak pernah rasa nak marah kat orang. xkira la, sebaik mana pun kita, mesti seseorang itu even secubit, pernah rasa nak marah.

ade orang bile dia rase nak marah orang, die terus naik hangin.
ade orang bile die rasa bengang, die terus confront that person, cakap depan2.
ade orang bile die rase xpuas hati, mulalah die mengumpat about that person.
ade juga orang yang mana die marah kat orang lain, tapi pergi melepaskan perasaan kat someone else or something else like baling2 barang.
kalau remaja pula, marah2, buat vandalisme, derhaka pada ibu bapa.
tidak lupe juga ade orang marah2, then mula cari gaduh secara kasar.
ade juge orang yang jenis bile die marah sorang ni, die rase nak marah semua orang.
ade yang extreme siket bile marah ngan any person, die declare perang sampai xbercakap bertahun2.
ade jugak yang marah kat orang, tapi takut nak luahkan, sampailah semua tu accumulate banyak2.
ade yang xsuka perangai orang tu, nak marah tapi xsampai hati, so die pendamlah dalam hati, pandai2lah die pujuk diri sendiri.
ade pula suka silent treatment, xcakap tuk beberapa seketika atau beberapa hari.

xnormallah kalau seseorang xpernah rasa nak marah kat orang kalau that person melukai hati perasaan kita.

but as we know anger is not a good thing.
manusia, bila rasa marah xdapat dicontrol, bila rasional ditolak tepi, bila perasaan diutamakan, maka perkara xelok akan berlaku.

example: seorang isteri mampu membunuh suaminya sendiri bila dia dapat tahu yang suaminya curang.
(berita yang selalu keluar dalam paper)

just like the speech, bile mulut dan akal xbersambung, perkataan yang keluar dari mulut kita mampu mengguris hati seseorang.

bagi hati yang baik, bila perasaan marah tu mula menyebulungi hati dia, cepat2 die istighfar, ingat Allah.
yang ni bagus, tapi manusia bukan semua perfect. but we must try, right?

so, think twice before you act or speak.


Thursday, May 3, 2012

my experiment.


kacang hijau sudah berubah rupe, name juge berubah..hihi


 dah lame xmkan taugeh..yum3

Tuesday, May 1, 2012

tahukah kita?

ade yang suke makan bubur kacang hijau, ade yang suka makan aiskrim kacang hijau, ade yang suka kuih yang buat daripada kacang hijau (lupe name apa), ade juga yang suka makan taugeh.

pernah terfikir x sepanjang kite hidup kacang hijau tu datang dari mane?

kacang hijau yang kite tahu rupanya begini
:

so, disebabkan Ibah melontarkan persoalan dari mana asal usul kacang hijau ni. kemana lagi kita pergi, ke Encik GOOGLE la kite menagih maklumat. 

kite tahu yang kacang hijau ni boleh jadi taugeh. sebab dulu2 time sekolah rendah, kite pernah ade eksperimen gune kacang hijau ni, kalau xsilap saya hipotesis eksperimen tu: water n sunlight play an importang role in growth of a plant.

~taugeh yg sedap dimkn dgn nasi kerabu~
 

so, timbul satu persoalan di sini. adakah taugeh akan produce kacang hijau?

then mr google yang baik hati ni pun bagitau la...

yang kacang hijau ni asal dari pokok yang rupenye begini. ~renek nye~


dan poko ni mengeluarkan something like kacang buncis yang dalamnya kite dapat lihat sebaris kacang hijau. ~comelnye~

ok, baru saya tahu...btw kalau google, semua yang keluar adalah page orang2 indonesia. maybe kurang production kot kat malaysia. or may be mereka pengeluar kacang hijau terbesar..hihi

n btw...one more thing.

suka makan soun x?
yang sdap sangat dimakan.
yang berbeza dengan bihun.

yang rupenye begini
.Dongfen.JPG


rupe-rupenye......

salah satu bahan yang diperlukan nak buat soun ni xlain xbukan KACANG HIJAU yang osem itu...

*gambar ehsan dari google*

~wokeh, nak pegi tgk eksperimen, CAIO!!~

Monday, April 30, 2012

....


Saturday, April 28, 2012

eksperimen...

 eksperimen kacang hijau bermula!


tiger barb saya happy balik bile letak bhw cahaya matahari...n saya pun hepi juge...


saya nyer bowl ibah ltk ank2 ikan die...so potong bekas air yg besar tu, letak diorang...bekas kecik2 dlm ni saya buat2 eksesori....hihi


Thursday, April 26, 2012

he and she 2


the next day, with hope he went again to the park, to the same spot like yesterday. she was there! he was so happy.
like yesterday, he didn't have any guts to approach her.and when her paper dropped behind the bench, the girl got up and turned her body around to pick up her paper. so, only this time he able to see her face.

"she's so pretty." his heartbeat stop for a while.

but as the day passed by, once again he watched her walked away.

he kept going to the park, day by day, week by week. watching the girl that had captured his heart.

then one day,....

............to be continued..........

*mood:penat edit2 blog*

Wednesday, April 25, 2012

he and she


not long ago, there was a boy strolling in a park just nearby his house. that day was such a beautiful day. the sky was so blue with little fluffy clouds marching the sky. the wind not so strong, it was gentle and refreshing. he took a deep satisfying breath before sitting down on bench nearby the fountain.

as he scanning the park, watching the citizens, his eyes caught on somebody, a girl to be exact. sitting not far from him. his eyes fixed on her. he didn't know what made him so attracted to her. even though he could only see her back and her black long wavy hair, he couldn't let go his eyes off from her.

the girl seem so concentrated on something. she didn't even lift her head. like she was busy doing something with the paper and the pencil.

he kept watching her. and she stayed same till she got up and left the park.

and him?

he watched her walked away.

.....to be continued......


*mood:bosan bace buku*

Wednesday, April 18, 2012

another journey. this time off we go to the south.


suasana sekitar hotel, penuh ngan pokok2 kurma. enth knp jadi 2 gmbr ni...haha..buat segan jerr..

mountain of the dead. panas sehhh

second destination: "Shali" which means home. panjat lagi bukit.


with Asilah aka Adiwanang

with Hawa n Asilah again. angin sangt kuat, buka mata pun xmampu sangat.


the next day: rumah penduduk siwa yang simple.

then mendakilah kami sekali lagi. doktor Aiman: "take care2. descend carefully. step on the prominent stone." hihi

with Asilah lagi, but this time dalam jeep get ready for Safari.


jeepnye rupe begini.

with yan. silah, hawa, n mun. guess which one is me.


gambar lupe nak betulkan. huhu. if you all perasan we are on the cliff, a very deep cliff.

perghh...perasan sorang2 atas padang pasir...haha


steps to....atas bukit, penat jalan atas pasir.


beautiful sunset. the sun descend so quickly. huhu

last archeological site. the temple, which was once visited by Alexander the great yang xgreat sangat atas sebab2 tertentu. haha.

with all 3rd year yg pergi trip ni except sal because sal yang tolong ambik gambar. n doktor Aiman yang sempat usik topi saya.

again the beautiful sunset. n together with us are one thousand army of nyamuk.

last day, sempat snap gambar kat beranda bilik hotel.

the journey took many hours to reach matrouh. n sekeliling adalah desert. ibarat padang jarak padang tekukur.

sekejap brenti di matrouh. (trip ni spatutnya ditulis sebegini: siwaaaaaaaaaaaaaa and matrouh) sekejap sangat kat matrouh ni.


well, now holiday is almost over. and the next week will be the last week before exam.
ok., good luck everybody.

Sunday, April 8, 2012

its the real truth!

lelaki selalu bising suruh perempuan tundukkan pandangan, jaga pergaulan, tutup aurat betul2...but they forgot something really important here:

remember that before ayat 31 surah an-nur, ayat 30 surah an-nur keluar dahulu.


one more thing,

dear guys/male/gentlemen dan seangkatan dengannya,

"we muslim girls does not cover our aurat because of you. we cover it because it is Allah's command."


~baru terfikir after Dr harlina cakap ni tyme STEP ari tu~

Monday, April 2, 2012

iklan!

kebosanan?
penat belajar?
nak hilangkan stress?
nak gelak2?
nak tengok movie?
tapi xnak tgk movie mat salleh yang makin mengarut?
xkesah layan movie korea?

saya ada penyelesaiannya...

jom layan citer ni...
sumpah kelakar. (dah lama sya xgelak macam ni after tgk citer)
File:Going by the Book film poster.jpg

dont judge the actor's face. he's not handsome but yet he still an awesome actor.
watch it online at dramacrazy.net

haha. enjoy!

Sunday, April 1, 2012

falling

in my head, widely spreading
i engrave you and fly far away
i close my eyes that see everything
and i want to turn back the time and go back to before.

falling like this, falling for you
even if you cant catch me.
falling once again, falling for you
can't you embrace me?

the good days and even the bad painful days,
if you look back, is it just nothing?
please say, it is not so
if only my bruised, empty heart can feel again.

falling like this, falling for you
even if you cant catch me.
falling once again, falling for you
can't you embrace me?

on the top of sky, dark is spreading
i see my self endlessly falling

falling like this, falling for you
please catch me
falling once again, falling for you
please embrace me

even i endlessly fall, even if i fall to ground
toward you, i falling for you
i just look at you.

~JOHN PARK- falling ~

Saturday, March 31, 2012

nasi kerabu saya

semalam masak nasi kerabu. first trial, oklah rasenye walaupun gune ikan lain dr yg selalu gune tuk buat nasi kerabu. lebih 5 jam duk kat dapur. haha. tapi xsempat nk snap gambar sebab semua dah lapar sangat. hihi..

ehsan dr google image~~

Tuesday, March 27, 2012

jeng2


after sekelian lame. n setelah sekelian lamenya TOP menghiasi post paling atas dalam blog ini, akhirnya muncul jua post yang baru. hehe.

lately banyak perkara yang berlaku. dari yang bahagia, sedih, penat, kuciwa n etc.

so, bercoretlah tulisan saya yang xpuitis di blog yang xseberapa ni.

isnin lepas, alhamdulillah tamat sudah round skill lab yang keberapa entah. time exam tu ade sedikit gelabah jugak. tapi insyaallah semua ok2 je.

kalau ade yang masih ingat, saya ade beli phone baru bulan januari yang lepas selepas phone yang lame entah terjatuh kemana. dan nasib saya yang malang, sekali lagi henset Colby saya yang baru berjaya dikebas orang ataupun terjatuh ke dalam Tramco. sedih sekali hati ni. ye la kan, first hanset beli ngan duit sendiri, pastu gune xsampai setengah tahun sudah lesap jadi sejarah. kuciwa sangat2 dengan diri sendiri yang sangat cuai. aduii...balik2 terus baring tidur. mood yang ade terus dibawa lari angin ribut kencang dalam hati. disebabkan itu juga, mulut saya kemas sahaja tutupnya, kesian housemate2 xdilayan. mohon kemaafan
semua.

(sekarang sensitif sikit bile sebut pasal hanset2 ni, bgn tido dah xde lagu ramadhan tu, dah xdengar suara changmin kejut bangun. ) tapi papepon, xde mood lagi nak pikir pasal nak beli henset baru, tggu dekat2 nk balik msia dululah, bukan gne sangat pun henset tu, kat rumah ni pun susah nak dapat line..

hari jumaat lepas. selepas beberapa tahun bermusafir kat mesir, baru dapat pergi muhafazah Zagzig. kalau di malaysia, kita ade negeri, kat mesir mereka ade muhafazah. tujuan kesana sebab bersukan. PERUBATAN (pertubuhan untuk student medic kat mesir) anjur hari sukan untuk akhawat/perempuan kat zagzig university. saya kesana mewakili pasukan tarik tali. sehari suntuk kami di sana. perjalanan ke sana memakan masa yang lagi lama untuk ke Cairo lebih kurang dalam 5 jam ber'bas'. oleh sebab demikian, kami ke sana malam khamis, bertolak agak lambat n smpai pun of course la lambat jugak, dalam 2.30pagi...masuk rumah dalam pukul 3 am. pastu kene bangun sembahyang subuh kul 4.30am...penat xhilang, tido xselesa sebab surrounding baru. pukul 8 kumpul. n majlis bermula x'lama' selepas itu. btw saya termasuk dalam pasukan perbarisan. n kami membawa tema merah n maskot kami 'angry bird'. respect la team yang bersusah payah membuat maskot yang awesome itu. rase2nye antara muhafazah yang hadir, saya dapat rase team iskandariah paling kuat n lantang bersorak. perghh..semangat perlu ade. bukan senang nak main sukan ramai2 macam ni...byk sukan yang dipertandingkan. but still there's some flaw in this event. but apa yang dah lepas jangan dikenang, ambil pengajaran, perbaiki, buat yang lagi yang terbaik next time. so, jom layan gambar!!


snap gambar ngan junior. iezy namenya.

team bola tampar yang osem. n jaket alex u yang menarik yang juga menjadi bualan muhafazah lain. (bangga kami walaupun smua itu baju pinjam..hihi)


nina. team futsal yang power. no 2 dpt diungguli. jgn touching2 ye nina.

with haleeda, o-on, linowt, n ketua kontijen, fatiq.


saya n angry bird yang tersngatlah osem.


ibah yg bidan terjun yang hebat n pasukan bola jaring yang osem juge,

we are red, we're erythroknight, we wanna fight fight fight we gonna win this fight, WE ARE RED!!!!!


alhamdulillah tarik tali dapat juara...(yeay!!!)...n paling penting team iskandriah/angry bird dapat no 2 dari 5....tahniah!!!

disebabkan main tarik tali, n lawan opponent2 yang sangat kuat, sampai ke hari ni muscle pain xhilang2 lagi...jalan pun slow.

btw semalam result dah keluar. Alhamdulillah ok je. setimpal dengan usaha sendiri.

yang dapat result xseperti yang dia nak, berusaha lagi. yang dapat result bagus, alhamdulillah berterima kasihlah pada Dia. nak jadi doktor clinical penting akademik pun penting, sebab sekarang patient dah makin bijak, diorang sendiri dah pandai diagnose sendiri dengan bantuan mr google....

apa apa pun....

~be yourself. be strong. be smart. be everything that you want. be the one that please Him.~


Saturday, March 10, 2012

boom shakalaka!!

Photobucket

saya yg xde keje....kih3

Thursday, March 1, 2012

teeheee


ne maumi appayo hajiman nado molla wae...


Monday, February 27, 2012

kalau xsuka pulangkan

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulung.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?!"Sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu!"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa..." "Takpe... pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan... bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma...

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya."Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila..." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak."

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , pecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A."Laila"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini."

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je."

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan."

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.......


~sedih bukan?
~manusia yang angkuh selalu rugi.
~hargai apa yang kita ade.