Friday, February 26, 2010

Cintaku Cintamu

Assalamualaikum Ya Rasulullah…kekasih Allah…

Aku memohon keizinan pada kau ya Rasulullah…

Keizinan untuk aku meluahkan cita-cita aku…pada kau…

Kau kan rasul aku, penyelamat aku dunia akhirat…

Kerana itulah aku memilihmu untuk aku berkongsi sesuatu…

Wahai Rasulullah…kau kan perah berkata pada suatu ketika…

Sewaktu kau bersama sahabat yang di waktu itu…

"siapa manusia yang paling ajaib imanny?"

Sahabat menjawab "malaikat ya Rasulullah"

"bagaimanalah para malaikat tidak beri man dengan Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah" jawab kau menafikan…

Sahabat terus mencuba menjawab "para nabi ya Rasulullah"

"bagaimanalah para nabi tidak beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka", kau membantah jawapan para sahabat…

"kami sahabatmu ya Rasulullah" jawab sahabat lagi…

"bagaimanalah kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu", jawab nabi…

Akhirnya kau bersabda, "makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku…mereka tidak pernah berjumpa tetapi beriman denganku…tetapi mereka mencintai aku melebihi anak dan orang-orang tua mereka…mereka ikhwanku…mereka membaca al-quran dan beriman dengan semua isinya."

Kau terus bersabda, "wahai abu bakar, adakah kamu tidak mencintai ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku."

Kau terus menyambung lagi, "berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku"

Ya Rasulullah

Sejak cerita serta sabda kau telah sampai ke telingaku…

Aku memulai memasang cita-cita untuk mejadi seperti itu..

Aku mula memasang target, aku bercita-cita untuk memiliki iman yang ajaib…

Aku mahu menjadi seorang umat yang Berjaya mencintaimu…

Aku mahu menjadi seorang yang berhubung rapat hati bersamamu…

Aku mahu menjadi pejuang yang berkorban mati-matian seperti sahabat yang lain…

Aku mahu rapat dengan kau ya Rasulullah…Biiznillah...

  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara yang lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati ke;lahiran baginda adalh naik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendiakawan lainnya."


 

  1. Imam Jalaludin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya ` Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail', menyatakan ; " Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain malaikat mengawal dan menagwasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."


     

  2. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa " dapat pahala bagi orang ya ng berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

~semua ini diambil dari handout ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah, Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Mesir….

No comments: