agama islam sangatlah menuntut umatnya menjaga kebersihan.
kalau di Mesir ni, kebersihan tak dapat diberikan gred. mungkin bawah kosong. bukan mahu mengutuk, tapi ini satu hakikat yang kita perlu sedari. eventhough most of the population here is MUSLIM, kesedaran mereka tentang kebersihan sangatlah rendah. mungkin mereka tiada pendidikan awal tentang hal ini. lagipun perangai arab ni, mereka xsuka something yang menyusahkan mereka. sebagai contoh, mereka sangat membenci jalan yang sehala, mereka nak ikut kepala mereka sahaja. dan mungkin bab sampah ni, mereka mungkin fikir "menyusahkan je nak buang sampah dalam tong sampah, buang kat sini lagi senang" . kalaulah seorang bukan islam, berminat dalam islam, dan lepas tu die berniat andai aku dapat pergi ke negara islam seperti mesir alangkah seronoknya. bayangkanlah, andailah si polan ni datang ke mesir ni tengok keadaaan negara ni teruk macam ni, takut-takut nanti die xpercaya pula pada islam. islam dikatakan agama yang paling sempurna, melihat penganutnya tidak menjaga kebersihan, layakkah islam tu dikatakan sempurna ( kata yang bukan islam itu ) lalu melupakan niat die nak menganut agama islam. alangkah sedihnya, kita kehilangan saudara baru disebabkan hal yang ini.
so guys, even though kita bukanlah rakyat mesir, kita kukuhkan kita punyer kesedaran tentang kebersihan. biarlah jalan jauh siket cari tong sampah dari membuangnya merata-rata memburukkan pemandangan.
berbalik macam mana kita nak jaga kebersihan. jom kita listkan.
1) buang sampah dalam tong sampah, ni selalu je kita dengar. kita upgrade siket. apakata kita buang sampah dalam tong sampah recycle.
ni contoh tong recycle.
2) kepada perokok2 di luar sane, sila buang putung rokok anda di dalam tong sampah juga. pastika apinya dah mati sepenuhnya takut terbakar dustbin tu pastu kene beli baru gune duit kerajaan.
3) bagi peminat n pemakan chewing gum atau dalam loghat kelatan dipanggil sebagai "cakelat getoh", pastikan anda besikap senonoh. jangan dok main tampal2 kat dinding. janganlah memburukkan lagi si dinding yang tak bersalah tu. adakah anda merasa bahagia apabila saya menampah chewing yang saya makan ke atas muka anda. begitulah juga perasaan dinding itu. by the way, ade je yang rajin buang dalam tong sampah. tapi cara yang betul2 proper chewing gum ni adalah membalutnya gune wrapping paper die sebelum dibuang. kalau nak tahu lebih lanjut bace kat wrapping chewing gum tu, ade cara yang betul diajar di situ. (fact: it is illegal to sell or have any type og chewing gum in Singapore)
4) bagi yang perangai buruknya suka meludah ke mana saja dia pergi. sila jaga manner anda. nampak buruk sangat dipandangan.
5) kurangkan gune plastik bag. kalaulah palstik bag ni hanyut kat laut, bahaya kat binatang2 kat lautan masin sane. especially penyu, spesis yang diancam kepupusan. seperti kite semua tahu, penyu-penyu ni kais pagi makan pagi kais petang makan petang, so diorang xde masa nak pergi sekolah. so, xde sape2 yang ajar diorang kalau nampak something macam obor-obor ni jangan terus makan, check dulu lepas confirm baru makan. diorang kan xde otak, dimakannya plastik bag yang kita buang tu, maka tercekik la die lalu tamatlah riwayat si penyu yang malang itu.
6) kalau korang suke sangat plastik bag ni, macam kekasih yang xboleh ditinggalkan. gune je yang disposable. banyak je kat pasaran.
7) yang ni lagi senang.
ape lagi eyh.......
GRRRRRRRHHHHHH......wahai otak perahlah. haha..
hmmmphh
8) dan lain-lain.
Malaysia oh tanah airku!
Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa
Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang
Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa
Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang
Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku
sekian saja dari saya.
2 comments:
Kat Malaysia, dah ramai pandai guna recycle bin :)
wahhhh terbaik lah tk!! siap ada lirik lagu lagi hehe :DDD
Post a Comment