Thursday, July 28, 2011

beza

mereka main mercun nak sambut ramadhan , kita main mercun nak sambut hari raya.

mereka pasang tanglung nak sambut ramadhan, kita pasang pelita nak sambut hari raya.

mereka sedih bila ramadhan nak habis, kita gembira bila raya dah dekat.



ini beza antara kita dengan mereka

siapa mereka?

mereka adalah rakyat muslim di mesir dan mungkin juga di negara2 arab lain.

dan kita adalah rakyat islam ni malaysia.

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

BLOGGERS UNITED


asilah, ko memang rakyat malaysia yang prihatin. patut dapat anugerah ni. hihi. daebak.





agama islam sangatlah menuntut umatnya menjaga kebersihan.

kalau di Mesir ni, kebersihan tak dapat diberikan gred. mungkin bawah kosong. bukan mahu mengutuk, tapi ini satu hakikat yang kita perlu sedari. eventhough most of the population here is MUSLIM, kesedaran mereka tentang kebersihan sangatlah rendah. mungkin mereka tiada pendidikan awal tentang hal ini. lagipun perangai arab ni, mereka xsuka something yang menyusahkan mereka. sebagai contoh, mereka sangat membenci jalan yang sehala, mereka nak ikut kepala mereka sahaja. dan mungkin bab sampah ni, mereka mungkin fikir "menyusahkan je nak buang sampah dalam tong sampah, buang kat sini lagi senang" . kalaulah seorang bukan islam, berminat dalam islam, dan lepas tu die berniat andai aku dapat pergi ke negara islam seperti mesir alangkah seronoknya. bayangkanlah, andailah si polan ni datang ke mesir ni tengok keadaaan negara ni teruk macam ni, takut-takut nanti die xpercaya pula pada islam. islam dikatakan agama yang paling sempurna, melihat penganutnya  tidak menjaga kebersihan, layakkah islam tu dikatakan sempurna ( kata yang bukan islam itu ) lalu melupakan niat die nak menganut agama islam. alangkah sedihnya, kita kehilangan saudara baru disebabkan hal yang ini.

so guys, even though kita bukanlah rakyat mesir, kita kukuhkan kita punyer kesedaran tentang kebersihan. biarlah jalan jauh siket cari tong sampah dari membuangnya merata-rata memburukkan pemandangan.

berbalik macam mana kita nak jaga kebersihan. jom kita listkan.
1) buang sampah dalam tong sampah, ni selalu je kita dengar. kita upgrade siket. apakata kita buang sampah dalam tong sampah recycle.

ni contoh tong recycle.

2) kepada perokok2 di luar sane, sila buang putung rokok anda di dalam tong sampah juga. pastika apinya dah mati sepenuhnya takut terbakar dustbin tu pastu kene beli baru gune duit kerajaan.


3) bagi peminat n pemakan chewing gum atau dalam loghat kelatan dipanggil sebagai "cakelat getoh", pastikan anda besikap senonoh. jangan dok main tampal2 kat dinding. janganlah memburukkan lagi si dinding yang tak bersalah tu. adakah anda merasa bahagia apabila saya menampah chewing yang saya makan ke atas muka anda. begitulah juga perasaan dinding itu. by the way, ade je yang rajin buang dalam tong sampah. tapi cara yang betul2 proper chewing gum ni adalah membalutnya gune wrapping paper die sebelum dibuang. kalau nak tahu lebih lanjut bace kat wrapping chewing gum tu, ade cara yang betul diajar di situ. (fact: it is illegal to sell or have any type og chewing gum in Singapore)


4) bagi yang perangai buruknya suka meludah ke mana saja dia pergi. sila jaga manner anda. nampak buruk sangat dipandangan.

5) kurangkan gune plastik bag. kalaulah palstik bag ni hanyut kat laut, bahaya kat binatang2 kat lautan masin sane.  especially penyu, spesis yang diancam kepupusan. seperti kite semua tahu, penyu-penyu ni kais pagi makan pagi kais petang makan petang, so diorang xde masa nak pergi sekolah. so, xde sape2 yang ajar diorang kalau nampak something macam obor-obor ni jangan terus makan, check dulu lepas confirm baru makan. diorang kan xde otak, dimakannya plastik bag yang kita buang tu, maka tercekik la die lalu tamatlah riwayat si penyu yang malang itu.

6) kalau korang suke sangat plastik bag ni, macam kekasih yang xboleh ditinggalkan. gune je yang disposable. banyak je kat pasaran. 

7) yang ni lagi senang.



ape lagi eyh.......

GRRRRRRRHHHHHH......wahai otak perahlah. haha..

hmmmphh

8) dan lain-lain



Malaysia oh tanah airku!

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku



sekian saja dari saya. 





Saturday, July 23, 2011

assalamulaikum.

dah seminggu xupdate. hihi. tahap kemalasan yang melampau plus xde idea nak tulis.

korang sume mesti dulu2 mase kecik2 minat citer kartun kan? tengok Dragon Ball.card captor sakura. doraemon. pokemon. dan lain2.

kalau sekarang, orang dah panggil dah bende2 tu kartun. kite up siket, modern siket. dari kartun kite panggil "anime".

kalau dulu budak2 kecik jer yang layan kartun ni. tapi sekarang, baby, budak tadika, budak sekolah rendah, budak sekolah menengah, budak U, orang bekerja, orang dah kawen, orang yang dah ade anak pon layan anime ni. buktinye, tengok la cosplay. ramai giler yang pergi join. haha.

saya pon peminat fanatik anime. anime ni selalunya buatan jepun. pastu anime ni over reaction. expression memang giler over. kalau korang tengok hana kimi jepun, citer ni based on manga. diorang punyer response memang bapak r hyperbola. haha. tu yang buat citer tu menarik n kelakar nak mati.

kat sini saya bukannya nak citer kartun jepun. saya nak citer kartun Disney. sesape kat sini pernah tengok citer Phineas and Ferb tak kat disney channel? ni favourite cite kartun saya. hihi. comel.

Phineas and Ferb is an American animated television comedy series. Originally broadcast as a preview on August 17, 2007, on Disney Channel, the series follows Phineas Flynn and his English stepbrother Ferb Fletcher[1] on summer vacation. Every day the boys embark on some grand new project, which annoys their controlling sister, Candace, who tries to bust them. The series follows a standard plot system; running gags occur every episode, and the B-Plot almost always features Perry the Platypus ("Agent P"), acting as a secret agent to fight an evil scientist named Dr. Heinz Doofenshmirtz. The two plots intersect at the end to erase all traces of the boys' project just before Candace can show it to their mother. This usually leaves Candace very frustrated.

source: wikipedia.


Saturday, July 16, 2011

what is your opinion?

Better Late Or Never?


as for me. i choose NEVER.
( Late is considerable in only some conditions)

Thursday, July 14, 2011

Wednesday, July 13, 2011

if you think you are unhappy...found this on tumblr.

If you think you are unhappy…
If you think your salary is low…

If you think you don’t have many friends…

When you feel like giving up …

If you think you suffer in life,
do you suffer as much as he does?


If you complain about your transport system …

If your society is unfair …


Enjoy life, how it is, and as it comes
There are always those who are worse
off than we are.
There are many things
in your life that will catch your eye, But
only a few will catch your heart…pursue those…





















Monday, July 11, 2011

kesian bumi kita.

Menurut kepada Environmental Protection Agency, purata rakyat Amerika produce lebih kurang 4.4 pounds atau 2 kg sampah sehari, 13 kg seminggu and 726 kg setahun. Ini hanya mengambil kira purata bilangan ahli keluarga dan tidak mengambil kira pembuangan industri atau commercial trash. jangan terkejut dengan jumlah ni, sebab ni baru kat amerika. FYI kat Mexico jumlah pembuangan sampah adalah 30% lebih daripada rakyat Amerika. woahhh... dunia dalam keadaan bahaya.

just imagine, with the garbage produced in America alone, you could form a line of filled-up garbage trucks and reach the moon. menara sampah tertinggi di alam semesta. xyah susah nak bina bangunan batu tinggi, korek tanah cari simen ke, gune je sampah2 yang kita buang tu..

so, apa jenis sampah yang menyumbang begitu banyak dalam menghancurkan bumi indah kita ni? jom kita buat rank.

paling banyak adalah packaging especially fast food container.

then come the paper, aluminium, disposable diapers, plain plastic bags aka plastik gelenya...

walaupun almost 30% is paper waste, ini xmembimbangkan sangat sebab paper leh recycle. kita boleh selamatkan dunia daripada 30% ni. kalaulah kita rajin recycle.
tapi masalah kat mesir ni, saya xpernah jumpa dustbin tuk recycle. i dont know whether my place dont have it or egypt dont have recycle community.

anyway love our earth!



Saturday, July 9, 2011

hmm

assalamualaikum. peace be upon you.

walaupun esok nak exam. sempat lagi saya karang blog post yang baru.hihi.mentang2 la epidemiology jerk..hehehe

baru je sekejap tadi saya jenguk sekejap facebook. bising sana sini tentang bersih. seriously and honestly saya xthu apa2 pasal BERSIH. apa yang saya tahu barisan BERSIH ni nak tuntut something pasal pilihanraya. kalau nak tahu, google je.

hari ni diorang wat demonstrasi ramai2 dan ramai yang telah ditangkap. currency malaysia turun etc

saya xnak masuk campur hal2 politik2 ni. memeningkan kepala jer. satu kaki kat syurga satu kaki neraka.

* saya harap lepas diorang habis berdemonstrasi keadaan bandar tetap dalam keadaan yang BERSIH. haha.

Friday, July 8, 2011

Wednesday, July 6, 2011

...

hari ni saya nak promote kakak saya nyer novel...
kalau rajin jenguk2lah...

http://www.penulisan2u.my/tag/nur-suriati/

Monday, July 4, 2011

tragedi di pagi hari

alkisah mahu ke kelas.
naik kenderaan berwarna kuning.
time nk bayar, tibe2 rasa ngilu di 3 jari kiri saya.
sebab reflex saya terus tarik.
sakitnya hingga mengalirkan airmata.
seriously, ianya tersangatlah sakit.
very sharp pain.
so, hati2..
jangan sampai TANGAN ANDA TERKEPIT..

Friday, July 1, 2011

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Hari kiamat,
apakah hari kiamat?
dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?
pada hari itu manusia seperti anai-anai bertebaran,
dan gunung-gunung seperti bulu yand dihambur-hamburkan.
maka adapun orang yang berat timbangannya (kebaikan)
maka dia berada dalam khidupan yang memuaskan,
an adapun orang yang ringan timbangannya,
maka tempat kembalinya adalah neraka hawiyah.
dan tahukah kamu apakah neraka hawiyah itu?
yaitu api yang panas.

surah al-qariah. surah ke 101. 11 ayat. makkiyyah.