Friday, April 1, 2011

getah sekerap.


hari ni saya nak kongsi satu fakta untuk korang. ni saya dapat tahu masa balik malaysia hari tu, ayah saya yang bagitahu masa on da way nak pegi bandar kota bharu.

pasal pokok getah.

seperti yang kite tahu , sekarang getah dah makin naik harga. penoreh2 getah di luar sane boleh dikatakan pendapatan mereka agak lumayan. sampai ade tahap tu, yang makan gaji sanggup turun malam2 pergi menoreh. ye la kan dalam masa seminggu boleh dapat sampai 2000 ringgit.

tapi jangan ingat senang nak toreh getah tu. kene teknik yang betol, kalau x pokok getah tu akan rosak dan xkan keluarkan susu lagi. apabila dah rosak, xleh nak wat apa2 dah. kene tanam yang baru. dan bukan sekejap pokok getah tu nak boleh dapat hasil balik, lebih kurang 10 tahun baru poko getah tu dikira matang dan sesuai untuk ditoreh dan dapatkan susunya. bukan senang tau.


bila kita tengok daun2 pokok2 getah tu menhijau, musim tu penoreh memang sangat gembira, sebab time tu la pokok getah sihat dan banyak susu yang keluar.
begitulah sebaliknya, bila daun getah bertukar warna dan gugur, maknanya susu makin kurang. selalunya perkara ni berlaku waktu kemarau. dan untuk pokok2 getah tu nak keluarkan balik daun yang hijau, makan masa yang agak lama iaitu 6 bulan. pokok getah juga mudah rosak bila time banjir sebab terlalu lame berendam dalam air.

so, walaupun susu getah makin mahal, penoreh2 getah tetap perlu berwaspada, takut2 kejadian yang xdiduga akan berlaku.


ini biji getah. dulu masa saya kecik2. selalu cari bende ni.wat main congkak dan pecah2kan biji ni. kira tererlah sapa dapat pecahkan biji ni, sebab kulit die agak keras.

*mood: teringat waktu kecik2 dulu*

itu saja. wassalam.

2 comments:

Izyan Hanis said...

taw. taw. getah dah naek
mak kite sukaaa
sebab dpt duet banyak. haha

kebun getah peninggalan arwah atuk
:)

ZURI YANIE said...

Ada rezeki,,turn kite la nanam getah pulok..ngee