Friday, April 29, 2011

nafsu yang degil

assalamualaikum. semoga diberi nikmat kesihatan oleh Allah swt kepada sesiapa yang menjenguk blog yang xseberapa ni.

sempena hari jumaat, jom kita teliti kisah ni.

Nafsu yang degil

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

have a great day. wassalam.

Monday, April 25, 2011

salam pertemuan mengikat persahabatan.

assalamualaikum.

hari ni saya bangun ditemani ngan sakit tekak.

rase macam nak demam sebab badan agak xselesa, tapi xde pape pon sebenarnya. may be sebab letih jalan satu hari semalam (xlah sehari suntuk berjalan).

semalam sempat jugak la amik gambar pantai n laut alex walaupun xjejak pon kaki kat pasir pantai tu.




hari ni ade SC (smart circle). sc ni macam usrah. hari ni berbincang pasal ukhuwah n Umar al-Khattab.Syaq cakap, kita kene selalu check ukhuwah kite ngan ALLAH, ibu bapa, rakan, adek beradik, jiran, saudara seislam. Umar al-Khattab pulak, pemimpin yang tegas tapi lembut di dalam.
dah memang lama dah xdengar tazkirah, terasa terisi sedikit hari ni. kami sambut birthday ahli sc kami jugak sekali, Ann. moga panjang umur. amin.


cuti 5 hari dah abes. esok dah kelas. masa memang cepat berlalu. rasa macam baru semalam cuti, esok dah nak ke kuliah balik. pastu exam, pastu stat module baru, pastu exam lagi, pastu cuti then pejam celik pejam celik dah nak masuk 3rd year.

cepat sungguh masa meninggalkan kita kan.




p/s semakin kita meningkat umur ni cube tye banyak mana amalan yang kita dah buat.

Sunday, April 24, 2011

spring is in the air









p/s love taking pictures:)

malam satu pertemuan


XOXO!!



yan, hasni n saya

aina the birthday girl, atie n zana.

ibah n mo

yan n biha

hasni n pah


aifa n saya.


Friday, April 22, 2011

saya hantu _?...huahuahua...

assalamualaikum,

tadi instead of reading my CVS module, saya dah habiskan satu novel. an interesting one.


tajuk: AKU CINTA DIA
penulis: Sharifah Abu Salem.



sesape yang memang hantu novel, mesti familiar ngan penulis ni.
dan kalau korang nak tahu selalunya novel2 yang Sharifah Abu Salem (SAS) ni tulis boleh dikatakan laku ( xpasti best seller ke x).
honestly speaking, saya bukannya peminat Sharifah Abu Salem.
tapi disebabkan ni je satu2 nye novel melayu yang YAN bawak, so saya layanlah.
pernah jugak teringin nak baca novel2 SAS yang femes tu, tapi selalu terbantut.
lagipun, kebanyakan cerita yang SAS tulis banyak berkisar tentang alam rumah tangga.
saya still single mingle, remaja lagi, so xde feel sangat kalau baca pasal alam perkahwinan ni.
romance2, baru syok nak layan. hihi.
penulis2 yang saya biasa bace tulisan diorang: Hlovate, Fauziah ashari, Ramlee awang Murshid, Noor suraya, Noor hayati Ibrahim dan banyak lagi.
saya stat bace novel ni time saya darjah enam, terlupa pulak tajukya apa.
ni semua pengaruh kakak2. diorang semua hantu novel, sekali ngan saya kene tempias.
n bila masuk asrama, kawan pulak yang bawak pengaruh.
so, minat bace novel xpernah nak hilang.
cume sejak kat mesir xbace novel sangat sebab xde source, so time balik malaysia je la baru boleh lepas gian n dah jadi xsayang duit nak beli novel.
memang hantu betol.
berbalik kepada SAS, kalau xsalah saya ade novel SAS yang di'life action'kan.
xpasti tajuk apa novel n cerita tu, tapi yang pasti sekarang still air kat TV1.
may be xramai yang tahu sebab, kite sume tahu kan TV1 ni xsefemes TV3.
tapi at least better than TV3 yang selalu je tayang crite seberang ( extremely stupid annoying story).
kalau korang nak tahu, saya dapat habeskan novel ni dalam masa xsampai 6 jam pon.
mantapkan?
kalaulah saya macam ni time bace buku akademik. hihi.
tapi bende yang melagho jugak orang suke.

jom saya citerkan pasal novel yang bermuka surat sampai 499 ni.
novel ni berkisarkan tentang cinta seseorang
kepada seseorang. haha, mostly novel macam ni plotnye.
ok2 serius balik.
novel ni islamik taw, siap ade hadis, potongan ayat2 alquran lagi.
bagus jugak SAS ni, secara xlansung die dapat pahala berdakwah.
imaginelah, berapa banyak buku die terjual banyak tu lah dia dapat sebarkan dakwah islam.
maknanya, novel ni bukan pasal romance semata-mata.

novel ni berkisar tentang seorang gadis liar yang telah termengandung (ade ke termengandong, tu la cari pasal sangat.kan dah kene, baru nak menyesal) anak luar nikah.
lalu ibunya menghantar anak kesayangannnya itu ke tempat pemulihan ( its not a rehab but more toward pondok2).
disana die cuba membersihkan dirinya dengan mendekatkan dirinya dengan Ilahi.
dalam mencapai cinta-Nya, die diuji dengan cintanya kepada seorang lelaki yang merupakan ustaz di tempat itu. perasaan cinta tu xdapat ditahan dan perasaan jijik dengan dirinya yang kotor menghalangnya daripada terus menyemai rasa itu.
pastu, ade lah beberapa konflik yang timbul.
adakah cinta die berbalas?
kenapa die dihantar ke sana tanpa pengetahuan ayahnya?
siapakah bapa sebenar dalam kandungannya?
dpatkah die hadapi semua ujian yang die tempuhi?
....kalau nak tahu kene bace la sendiri....
saya sebenarnya dah agak dah macam mane crite ni, tapi saya still xmahu trime kenyataan tu.
dalam novel ni ade banyak pengajaran, ilmu, gembira, geram, marah, menyampah, sedey pon ada.
n the ending, i'm not really expected it to be like that.huhu.
but still it worth to read.

haha. agak skema kan entry ni. (@_@)

p/s kalau sesape ade novel lagi, nak pinjam bley?...hihi

Friday, April 15, 2011

what i've been doing...

is trying be a good determine student.


spending time together with great friends.



the pink day.

with section-mates in morgue room. waiting for professor. dengan semangat yang berkobar-kobar nk blaja anatomy of the heart.


having great time with you guys.
XOXO


jom kita bace!
Rasulullah SAW dengan sebiji limau.


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW .

ini akhlak nabi muhammad saw. macam mana dengan kita pula?


p/s to all my abangs n kakaks serta adiks. disebabkan fb dideactivatekan untuk sementara waktu, you may check me here.