Friday, January 29, 2010

Sukew2

beberapa hari lagi nak masuk bulan february..wahhh..xsangka kan! (~_~)

kalau congak2 dah dekat 4 bulan kat Egypt ni..- tapi still xreti cakap arab..huhu..

baru2 ni ade beli sabun n serbuk chocolate..bagi kat pak cik cashier tu 50 genih, alih -alih dapat baki 25 genih..mahal giler!! kalaulah terkejut beruk tu boleh ditukar kepada terkejut bigfoot mungkin dapat menerangkan betapa terkujutnya ngan harga barang2 tu..dalam hati rase ade something wrong tape mase tu letih le nak gaduh ngan arab ni..biar jer, tapi dalam hati menyumpah seranah le..astaghfirullah...mengucap2..

tu baru kes saya, kawan saye lagi kesian..bary je beberapa hari yang lepas, mase tu pergi ibrahimiah nak cari kasut n barang2 keperluan...nasib kami begitu malang sebab hari tu hujan yang tersangatlah lebat..terpaksalah naik teksi..dah le dalam teksi tu pak cik tu banyak cakap, kitaorang lak bukanlah power cakap arab..tersekat2, kesian jugak kat pak cik tu nak explain satu2 n letih kitaorang nak susun perkataan tuk jadik ayat yang die bley paham..huhu..berbalik kepada cerita kawan saye tu,sampai2 jer kat umah die baru terperasan yang henset die xde, jatuh dalan teksi katenye..kesian kat die, dah le hanset tu die sayang giler...saye pon xthu nak tolong macam mane...bertabah hatilah kawanku..doa hamba yang teraniaya Allah akan makbulakan...

sekarang xsabar nak tunggu cuti walaupun ada rase cuak sebab exam final dah nak dekat..study belum sempurna lagi..Isyaallah saya akan berusaha bersungguh2..

internet kat rumah still bermasalah..nak update blog pon susah, ni pon curi line orang..kih3

satu hari ni terbaca satu kisah teladan n saya rase saya patut berkongsi dengan semua orang..

CINTA SEJATI

seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia berasa amat sedih, murung dab seringkali menangis . Rasulullah juga dekimian terhadap Tsauban. baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. katanya " Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu dengannya walaupun sekejap. jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersamaa denganmu. kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tertinggi, manakala saya belum kemungkinan di syurga paling bawah atau membimbangkan tidak dimasukkan syurga lansung. ketika itu tentu saya tidak bersua muka denganmu lagi."

mendengar kata Tsauban, baginda mat terharu. namun baginda tidak dapat berbuat apoa-apa kerana itu urusan Allah. setelah peristiwa itu turunlah wahyu kepada Rasullulah saw, bermaksud " Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang oileh dan mereka yang sebaik-baik teman."
mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

Tauladan dari kisah ini:

1) Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang yang berlandaskan keimanan yang tulen
2) mencintai Rasul bermakna mencintai Allah swt. kita bersama siapa yang kita sayangi. jika di dunia sayangkan nabi, insyaallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
3) hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang kan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.
4) pasangan sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak. Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda meskipun baginda sudah wafat.
5) rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mencntai baginda
6) Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

No comments: