aku tercungap berkejar mengejar tram, tram yang makin laju bergerak ke arah stesen gamaah.
angin winter betul-betul menguji aku. dengan alasan longcoat terlalu tebal and sangat berat, kupakai juga sweater yang nipis, apa lagi sejuknya sampai ke tulang.
sampai di tangga aku lihat "pakcik tue" itu sudah berada di tempat die yang biasa, berbaju sejuk, menikmati sarapan paginya dengan aish, terdampar didepannya tersusun rapi tisu. diam dia disitu.
ku lihat juga "pakcik tua" berjubah putih berserban putih berjanggut putih dengan muka yang sugul diseberang sana, membawa beg penuh dengan tisu.
aku bergegas turun kebawah. sempat mengejar tram. lagi 15 minit kelas nak bermula.
aku terfikir. mereka "pakcik-pakcik tua" meredah sejuk winter, menahan sejuk winter, bersabar hingga ke malam, hanya kerana mencari nafkah untuk keluarga ataupun untuk diri sendiri.
aku merintih sendirian.
Alhamdulillah aku diberi nikmat keselesaan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment