assalamualaikum wbt. peace be upon you.
Yan ade buat contest. karang review tentang satu buku yang korang seronok bace. n hadiahnya buku medicine of prophet.
semalam pergi ke Darul Salam cari buku ni, kalau dalam bahasa arabnya " TIB WA NABI". tapi nasib xbegitu menyebelahi saya, HABES stock. huhu. so, disebabkan tajuk buku ni tersangatlah menarik, so saya nak rebut peluang yang Yan bagi. kih3.
honestly, saya ni bukanlah jenis yang suka sangat membaca buku2 ilmiah. buku ilmiah yang saya baca pun buku2 teks sekolah n buku2 medic, tu pon sebab terpaksa. hihi. tapi walaupun begitu, saya sangat suka membaca sejarah. just the story line. cume part yang paling penting dalam sejarah iaitu nama n tarikh adalah perkara yang paling saya xsuka hafal. i just like the story. names n dates , sorry i have to say good bye..hihi
the only type of book that i can spend my "whole entire life" reading it is NOVEL. saya xlayan novel2 english ni. saya layan novel melayu jerk. even Harry Potter pun saya baca yang malay version punyer. bukan xsuke english, saya cume lebih sayang bahasa ibunda saya ( ececehhhhhhhh....haha). saya ade je bace english novel tapi xsekerap novel melayu la. dah terbiasa dari kecik bace yang melayu. kalau yang dari kecik mak bapak duk sogok novel english, konferm2 r diorang kate english novel lagi best. saya suka melayu punyer sebab masuk ngan jiwa saya. everyone has his own opinion. and i'm stick with mine.
intro punyer la panjang reviewnye tak lagi..hihi jangan marah. :)
buku yang saya rasa paling suka baca setakat ni adalah ....jeng2...
korang pernah x bace buku ni??
rasenye jarang orang yang saya tanye tahu tentang kewujudan buku ni ataupun saya salah tanye orang.
saya sangat suka Noor Suraya nyer karya. kakak saya kata Noor Suraya ni pakai tudung labuh. wow!
sinopsis: ( sya dah xhengat dah crite ni secara detail, xmacam Yan yang hengat dgn penuh detailnya crite harry potter yang bukunya total 7 biji..hehe)
Nuha Tajuddin melarikan hatinya yang lara menaiki Express Langkawi ke Utara untuk mengelak dari dirinya menghadiri majlis perkahwinan buah hatinya. Dalam perjalanan yang penuh linangan air mata, sudah tersurat takdir Nuha Tajuddin bertemu dengan Alang. Alang yang banyak gelarannya, rupanya anak tuan rumah tempat Nuha tinggal. so, secara tak lansungnya mereka bertemu muka tiap2 hari. dan tiap2 harilah mereka bergaduh aka bertelingkah. ibarat anjing dan kucing.
Nuha yang berasal dari bandar lebih selesa dengan tidak bertudung.Alang, walaupun rambutnya macam sarang tebuan, selalu menegur Nuha tentang bertudung. Nuha pulak tak suka kalau orang suruh die buat something yang die xikhlas. degil kan Nuha. sweetkan Alang.hihi
kebetulanlah pulak. si Alang ni, sepupu ngan si buah hati Nuha yang merupakan jiran sebelah rumah dia di Kuala Lumpur. sempit betul dunia ni. haha. novel la katakan. Alang yang otaknya pikap dapat tahu pulak yang si Nuha syok kat sepupu die yang tersangatlah hensem tu. dengan ini, makin kuatlah si Alang ni menyakat si Nuha. banyak lagi la babak diorang ni bergaduh. saya xingat semua. ade pasal krete kelisa, pasal duit tambang, etc.
dah ditakdirkanlah si Alang ni jatuh hati kat si Nuha ni.
Nuha, gadis biasa biasa aje. cantik, xlah sangat. belajar pun xtinggi, jadi jururawat kampung je. mengaji pun xpandai. walaupun die dilahirkan sebagai anak senator. Alang yang sweet ni, yang kuat agamanya, menggalakkan Nuha supaya belajar mengaji ngan emaknya. selalu menegur Nuha pasal tutup aurat.
saat Nuha terbuka hatinya nak pakai tudung, Alang ditimpa kemalangan. matanya yang celik kini buta. die terpaksa melupakan kasihnya pada Nuha. Mereka yang dulunya selalu bertelingkah kini sudah mula berbaik-baik. Namun jauh disudut hati Alang hatinya sedih, Nuha hanya kesian akan dirinya yang sudah tidak sempurna.
kemudian tidak lama kemudian dalam membantu Alang menaip puisinya ( opss, lupe nak crite, Alang ni si penyair suka membuat puisi walaupun ade ijazah luar negara dalam biokimia ) Nuha dapat tahu isi hati Alang. Alang suka akan dirinya. Nuha yang sebelum ni sudah kecewa,sudah menutup hatinya kepada sesiapa pun.
untuk mengelak dirinya dalam keadaan xselesa dengan Alang, Nuha menjauhkan dirinya. Nuha tidak sedar dirinya sudah jatuh hati pada Alang si rambut tebuan tu. pastu ade sorang lelaki ni minat Nuha. siap nak masuk meminang lagi. nuha xsuka pon die. then saya xingat macam mana si Alang pergi luar negara. tapi yang pasti die pergi la.
alang ni bukan anak sebenar ayah die, ade kisah tragis sebaliknya. saya xingat name la. so, saya simplekan eyh. I=ibu Alang, A=bukan ayah sebenar alang, B=ayah sebenar Alang. so.....I ade kekasih, B. B suka merantau. disebabkan itu, si I terpaksa kahwin dengan A yang merupakan abang kepada B. walaupun dah ade ank dua A ni baran orangnye, satu hari die terceraikan I dengan talak 3. tapi die tetap sayangkan I. dicarinya cina buta. kebetulan pulak, si B pulang tanah air. so, I kahwin dengan B dapat Alang. then B pergi berlayar lagi. I mintak fasakh sebab lame kowt die pergi tanpa berita. then A kawen balik ngan I. A ni xsuke sngt Alang sebab die thu I sangt syangkan B.
haha. maaf saya xreti nak crite secara puitis part ni. Alang yang selalu tidak sekepala ngan ayahnya akhirnya dapat tahu pasal perkara ni. maybe sebab ni kot die pergi balik ke Tasmania.
Alang ni penyelam mutiara di Tasmania, dia dapat ijazah biokimia dari universiti di Jerman tu pun sebab ayah die yang paksa die. die lebih suka hidup bebas. tu yang ayah die bengang ngan die.
di malaysia pulak, si isteri buah hati Nuha lahirkan anak yang tidak sempurna. menggunakan alasan meroyan. anak yang tidak berkaki n berlengan itu diserahkan kepada Nuha. Nuha sedih dan kecewa dengan sikap kedua-duanya. saat matanya memandang bayi tu, dia terus jatuh hati. walaupun hatinya kecewa, dia menerima tanggungjawab itu. anak itu diberi nama Muzammil, nama sebenar Alang. terserlah bahwa hatinya dah dicuri Alang.
Alang, nasebnya begitu baik. ade yang sanggup mendermakan mata kepada Alang setelah kematiannya, memandangkan hidupnya sudah tidak lama. dan orang itu adalah ayahnya sendiri. alang thu n ibunya juga sedar tentang perkara tu.
then, Alang pulang ke malaysia. masuk meminang Nuha. kahwin dengan Nuha.
mereka pulang ke utara menaiki ekspress langkawi. Alang menghadiah Nuha satu buku. buku puisi, dari muzammil untuk Nuha. Nuha menitiskan air mata. Alang melabuhkan kepalanya ke bahu Nuha. Kereta api itu terus meredah malam.
the end.
maaf panjang sangatlah saya melalut. hihi.
seriously saya rasa novel ni menarik. ( ataupun saya sorang je rase macam tu.hihi)
bye2.
p/s maaf curi masa korang bace entry yang panjang ni.