Saturday, February 26, 2011

inside my brain...



an elevator
shows waste of foods.


sape kate duduk kat rumah seronok.
sape kate duduk xwat keje pape seronok.
sape kate duduk mengadap tv 24 jam seronok.
sape kate duduk makan tiap mase seronok.


a love
shows nothing but pain


sape kate duduk mengadap internet hari2 xbosan.
sape kate menatap orang hensem hari2 xbosan.
sape kate tido banyak2 xbosan.
sape kate mengadap citer korea hari2 xbosan.


a leaf
shows no meaning




sape kate orang yang bercinta tu sentiasa bahagia.
sape kate orang yang dapat anak tu sentiasa bahagia.
sape kate orang yang banyak duit tu sentiasa bahagia.
sape kate orang yang nampak bahagia tu sentiasa bahagia.


Thursday, February 24, 2011

sedutan seterusnya

esok harinya selepas berjaya menghabiskan 10 jam dalam tramco. kami hadapi satu lagi masalah. siapa yang nak hantar kami ke airport?
si Fathi cuba untuk calling2 orang cairo, ustaz2, tye2
ade kereta x nak hantar kitorang ke airport.
mule2 tu ade. pastu fathui ckap yang kereta penuh pulak sebab, masa tu semua kereta digunakan tuk mengangkut makanan sebab akan berlaku catiuan makanan.
masalah lagi...memang malang btol nasib kami kan.
Fathi cuba tuk negotiate ngan pak cik tramco tu nak suruh die hantar kami. die tak nak tapi dia akan cuba tyekan kawan2 die. tapi kalau dah jodoh nngan pak cik tu, nak wat cam ne. lepas die tye2. xde sorang pon yang berani nak pegi airport. pujuk punya pujuk. pak cik rela tapi biase lah duit la. die sanggup hantar kami dengan byaran yang agak...you know what i mean. harga biarlah rahsia. kami desperate sangat. terima je lah. xkan melengok kat situ je. so, berlalulah kami meninggalkan perkarang tempat2 tramco itu dengan hati yang gembira plus sayu sebab duit melayang. haha.
sesampaiinye kat airport kami terkejut tengok ramai GILER yang stranded. yang baru sampai xleh keluar, yang nak balik xleh balik. huhu.
mereka dah macam berkampung kat airpost cairo tu.
so, cepat2 kami tengok kitorang nyer flight, naseb baek on time.
alhamdulillah.
perut dah stat bunyi. dari semalam xmakan, hanya pagi semalam makan siket sebab nervous sangat.
kami cuba usha3 fast food tapi memang bala naseb malang, smua kedai tutup.
WHAT!! kenapa semua tutup ni. habes orang yang stranded dalam airport ni makan ap dua tiga hari ni?? kesiannye.
fathi memang penyelamat kami. die dah suruh kawan die bawak makanan. syukur.
tapi jangan imagine batotis ke, firah banih ke..dalam mimpi je nak makan tu semua. yang kami dapat makan apa yang kawan fathi bawak hanyalah chipsy smata2.
tapi kami tetap bersyukur sebab dapat jugak mkanan walaupun dalam keadaan darurat.
kami memang sangat berterima kasih kepada FATHI yang sangat bersusah payah kerana kami. xpasal2 die terlibat sekali.
dapat lihat beza antara musyrif alex n cairo.hihi

kepada Fathi: terima kasih banyak2. kalau ko xde, xthu la kami ni macam mane. walaupun kite saling xkenal satu sama lain, tapi ko tetap ikhlas n sanggup bantu kami. sebab kami duit ko turut melayang sekali. maaf ye. nanti kalau ade rezeki n umur panjang, kita berjumpa lagi, nanti kami belanja makan. (turunlah alex, hihi).

akhirnya kami dapat jugak melarikan diri aka pergi melancong ke turki walaupun banyak ranjaunya. walaupun flight delay selama 3 jam.
dah suratan takdir kami begini.
disebalik segala naseb2 malang kami, still ade harapan. alhamdulillah.

Sunday, February 20, 2011

29th JAN 2011

hari ni kami bangun lambat. subuh pun gajah. lepas solat saya kemas2 rumah n masak. maklumlah nak tinggalkan rumah dah hari ni.
line phone xde lagi. apatah lagi internet.
dalam pukul 9 am, kami bersiap nak keluar. nak hantar yan n ada beberapa urusan nak disettlekan dahulu. nak tukar duit n nak cari tiket bas straight ke airport. dalam hati, saya sangatlah berharap agar ada tiket.
10.30 am, kami keluar rumah n tahan teksi. kat luar, orang awam tidak ramai yang kelihatan, lenggang, tak seperti hari biasa.
sesampainya kami di jamik ibrahim, kelihatan beberapa trak polis hangus terbakar.
terkejut n speechless.
kami tak sangka sampai berlaku bakar membakar ni. ingatkan demonstrasi biasa je, rupe2 nye teruk jugak.

kami hantar yan kat tempat nak naik bas. ade beberapa budak msia yang turut balik msia cuti winter ni.

kemudian kami menuju ke arah mahatet elraml sebab tempat nak beli tiket tu kat arah sane. semakin kami dekat kelihatan sekumpulan manusia sedang berkumpul atas jalan tram dan sedang bergerak menuju kearah kami beramai-ramai.
mereka berdemonstrasi.
kami amik jalan belakang uni. nak mengelak. suara mereka sangatlah lantang n kuat.
dalam perjalanan tu sekali lagi kami terserempak ngan kereta yang hangus terbakar. dalam hati banyak mengucap.
tiba kami kat tempat beli tiket bas, kami jumpa budak2 msia, dak second year gak. menurut mereka, xde bas yang akan pergi ke airport dalam 2 hari ni. kecewa giler.
terpaksa la kami mengikut plan asal. naik train. huhu. tiket dah dibeli laila semalam. nasib memang xmenyebelahi kami.
then kami naik teksi pergi ibrahimiah.
ibah nak cucuk duit, sya n laila nak beli makanan.
disana kami terserempak ngan budak2 msia lagi. tye2 kabar. kami crite msalah kami. n beritahu yang kami terpaksa naik train nak ke cairo.
tapi, Jiji nasihatkan agar kami elakkan dari naik train. sebab RAMSIS adalah tempat utama rusuhan berlaku. lagipon cairo sangat bahaye sekarang. jiji boleh kate macam tu sebab die baru je balik dari sane.
apa lagi, makin cuak la kami. jiji cadangkan kami pergi satu tempat lagi yang jual tiket bas (name susah nak tulis r). kami cepat2 pergi sane.
tapi still nasib xmenyebelahi kami. tiket xde.
on da way ke sane,banyak kedai kereta di pecahkan. kelihatan ramai yang dok mencuri barang. on da way balik pulak, nampak satu tempat dibakar. takut gler mase tu.
kami balik cepat2. nak cuba kejar train awal siket cadangan daripada Din. sebab nnt kul 6 ade perintah berkurung pulak.
dalam tengah sibuk2 bersiap dapat call dari Din. die kate ade budak cairo berada kat alex n nak balik cairo hari ni. die suruh kami contact die.
alhamdulillah dapat contact die n die pon sanggup nak pergi sekali ngan kami. saya n laila tunggu die kat stesen kete api sidi gaber. tengah tunggu die, ade la 3 orang cina tegur kami. diorang nak ke cairo tapi train xde. laila offer diorang ikut kami skali sebab may be kami nak tempah tramco kowt. mereka stuju sebab memang xde pilihan.
sesampainye budak cairo tu ( namenye Fathi ) kami terus bergerak menuju tempat jual tiket bas yang kami pergi sebelum tu. nak cuba naseb lagi.
tapi kalau dah naseb tu malang. memang malang la jawabnya. tramco xde bas apatahlagi.
Fathi n kawannya cube jugak cari something yang boleh menyampaikan kami semua ke cairo hari ni.
then tiba2 ade pak cik offer nak hantar kami. mahal la offer die. kami ade 6 orang. satu tramco 600 so kene seratus sorang. tapi sebab btol2 nak kejar flight kami terima.
sesampainye kami ke cairo, disebabkan waktu perintah berkurung dah stat, pak cik tramco drive melalui celah2 bangunan.kami nampak ramai orang2 lelaki arab kat luar. semuanya boleh dikatakan memegang kayu. ade jugak yang pegang parang n pisau. gerun. tiba2 pak cik tu brenti kat tempat banyak2 tramco. die kuar cakap2 ngan kengkawan die. naseb baek Fathi tu reti bahasa arab. boleh jugak die bagitahu apa yang berlaku. die kate pak cik tu xberani nak masuk dalam bandar. pastu macam mane naseb kami?
Fathi cuba telefon orang cairo nak mintak tolong tapi smeuanya xboleh sebab xde sesape yang berani kuar waktu perintah berkurung ni, kang kene tembak xpasal2.
pak cik tramco tu naseb baek baik hati. kalau ditinggalnya kami kat situ macam mane. die suruh kami tunggu dalam tramco tu, xleh keluar, nanti kene pukul ngan orang tempatan.
tempat kami tu ramai yang berjaga. yang pegang segala bende yang boleh dibuat untuk memukul pencuri.
kenapa xtidur di hotel? kami dah cube, tapi mahal sangat. 100 usd sorang. xke cekik darah tu. so kami tidur la dalam tramco pak cik tu. dengan xselesa nya. dengan bimbangnye. dengan bunyi tembakannya. dengan bunyi kereta kebal bergerak ke sana ke mari.
pape pon, kami tetap perlu habis kan 10 jam dalam tramco yang sekangkang kera itu sampailah perintah berkurung tamat esoknya...

Saturday, February 19, 2011

at last

setelah berjuta saatnya saya menunggu
akhirnya
dapat jugak saya men"online"kan diri.
saya ada banyak cerita nak bercerita.
dan banyak gamabar mahu diupload..
tapi sebelum tu kene wat story line dulu..
n kene biasakan menaip dengan notebook kakak saya..
sebab laptop saya ditinggalkan...untuk berjuang sorang2...huhu

*im not a good writer but still i will try my best!