ana masak...bersama-sama roomate terchenta...
resepinya:
IKAN MASAK MERAH
bahan2 ( untuk 20 orang )
5 ekor ikan tilapia
1 biji bawang merah
1 labu bawang putih
i biji kubis yang tersangat besar
4 biji lada besar
garam
gula
1 genggam lada kering
2 batang lobak merah
sedikit ikan bilis
minyak masak
sambal
1) blend lada kering bersama 1 biji bawang merah and beberapa biji bawang putih yang telah siap dipotong secara sederhana.
2) setelah minyak panas, masukkannya ke dalam kuali. tambah garam and gula secukup rasa.
3) sambal masak hanya bila dah naik minyak.
ikan
1) disiang
2) dilumur dengan garam sahaja
3) sudah boleh di goreng
4) pastikan ikan tidak terlalu garing
-so, apabila ikan dan sambal siap, bagi yang malas boleh terus tuang ke atas ikan goreng tersebut..bagi yang terlalu rajin, bolehlah masak sekali lagi sambal bersama ikan yang digoreng, cara ini diyakini dapat menyedapkan lagi masakan itu
-terlupa, sebelum blend lada kering tu...rendam dulu ngan air panas, nak bagi rasa pedas...ataupun yang rajin sangat bolehlah merebusnya..
SAYUR GORENG BIASA
1) potong kubis kecik2
2) potong lada besar cantik2
3) hiris bawang putih atau pukul jew dengan pisau sampai nampak sedikit hancur.
4) basuh ikan bilis
5) bila minyak dah panas, masukkan bawang putih tadi.
6) hanya selepas naik bau masukkan ikan bilis.
7) bila da yakin ikan bilis dah masak, masukkan kubis.
8) apabila kelihatan kubis itu masak masukkan garam secukup rasa.
9) stop masak bile dah nampak sayur tu sedikit lembik...
-jangan masak lame2 nanti hilang khasiat...
2 comments:
ehehe bagus eh ko masok kan resepi
tak yah aku suro mak ak emel kan
heee ;P
hahaha
ika jadi chef..
siap post resipi agi.hehe
cayelah,..,!!!
Post a Comment