Monday, September 20, 2010

Abang saya Kawen part 1

abang saya yang paling sulung dah kawen sabtu lepas 18 sep. kakak ipar baru saya orang perlis. jauhnya abang jue pilih bini.
hari jumaat kami ( 7 buah kereta and 1 van - lebey kurang 52 orang...huhu ramainya ) bertolak dari rumah pukul 11 pagi tapi sebenarnya janji nak bertolak kul 10, duk tunggu2 van yang disewa pukul 10.30 baru sampai, tu pasal bley bertolak kul 11.
budget2 sampai Perlis pukul 4 pm.
disebabkan bergerak dalam kelompok yang ramai, biaselah mestilah banyak songhehnya. selalunya orang berhenti 2 kali paling banyak kalu travel, ni sampai 5 kali berenti.
kalau berhenti kejap2 bolehlah, ni lama "getemo tok cekak no nunggu".
sabar je lah hati. nak pergi Perlis ibarat nak balik Mesir. bezanya cume ini atas darat.


ni salah satu hantaran abang jue.. bunga ni abah yang buat..

sampai kat rumah tumpangan kat sana lebeh kurang kul 7.30 pm...dah masuk maghrib...dengan 52 orang dalam satu rumah teres dua tingkat, imaginelah macam mana keadaan kami. setiap penjuru ade orang. huahua...
sampai2, pihak pengantin perempuan kate yang majlis mula dengan solat isyak di masjid.
apa lagi kami, kalutlah terutamanya si empunya badan yang nak akad nikah malam tu.
pakat2 le nak masuk bilik air nak mandi bersiap.
tengok2 dah masuk isyak dalam nak bersiap tu. kalut lagi. tapi naseb baek pengantinnya dah siap.
tibalah mase nak pergi masjid.
sesatlah pulak.
nak buat macam mane xfaham instruction. pusing punye pusing jumpelah masjid tu.
sampai kat masjid dapat tahu abe kime sesat lagi. nak mula majlis tanpa dia xley lah sebab pelapik duduk pengantin ade dalam kereta yang die bawak. haru betol.
tapi alhamdulillah sampai jugak dia ke destinasi.

maka malam itu abe jue selamatlah membina sebuah masjid yang baru.


majlis akad nikah di rumah tok imam. selamat pengantin baru.