Sunday, February 20, 2011

29th JAN 2011

hari ni kami bangun lambat. subuh pun gajah. lepas solat saya kemas2 rumah n masak. maklumlah nak tinggalkan rumah dah hari ni.
line phone xde lagi. apatah lagi internet.
dalam pukul 9 am, kami bersiap nak keluar. nak hantar yan n ada beberapa urusan nak disettlekan dahulu. nak tukar duit n nak cari tiket bas straight ke airport. dalam hati, saya sangatlah berharap agar ada tiket.
10.30 am, kami keluar rumah n tahan teksi. kat luar, orang awam tidak ramai yang kelihatan, lenggang, tak seperti hari biasa.
sesampainya kami di jamik ibrahim, kelihatan beberapa trak polis hangus terbakar.
terkejut n speechless.
kami tak sangka sampai berlaku bakar membakar ni. ingatkan demonstrasi biasa je, rupe2 nye teruk jugak.

kami hantar yan kat tempat nak naik bas. ade beberapa budak msia yang turut balik msia cuti winter ni.

kemudian kami menuju ke arah mahatet elraml sebab tempat nak beli tiket tu kat arah sane. semakin kami dekat kelihatan sekumpulan manusia sedang berkumpul atas jalan tram dan sedang bergerak menuju kearah kami beramai-ramai.
mereka berdemonstrasi.
kami amik jalan belakang uni. nak mengelak. suara mereka sangatlah lantang n kuat.
dalam perjalanan tu sekali lagi kami terserempak ngan kereta yang hangus terbakar. dalam hati banyak mengucap.
tiba kami kat tempat beli tiket bas, kami jumpa budak2 msia, dak second year gak. menurut mereka, xde bas yang akan pergi ke airport dalam 2 hari ni. kecewa giler.
terpaksa la kami mengikut plan asal. naik train. huhu. tiket dah dibeli laila semalam. nasib memang xmenyebelahi kami.
then kami naik teksi pergi ibrahimiah.
ibah nak cucuk duit, sya n laila nak beli makanan.
disana kami terserempak ngan budak2 msia lagi. tye2 kabar. kami crite msalah kami. n beritahu yang kami terpaksa naik train nak ke cairo.
tapi, Jiji nasihatkan agar kami elakkan dari naik train. sebab RAMSIS adalah tempat utama rusuhan berlaku. lagipon cairo sangat bahaye sekarang. jiji boleh kate macam tu sebab die baru je balik dari sane.
apa lagi, makin cuak la kami. jiji cadangkan kami pergi satu tempat lagi yang jual tiket bas (name susah nak tulis r). kami cepat2 pergi sane.
tapi still nasib xmenyebelahi kami. tiket xde.
on da way ke sane,banyak kedai kereta di pecahkan. kelihatan ramai yang dok mencuri barang. on da way balik pulak, nampak satu tempat dibakar. takut gler mase tu.
kami balik cepat2. nak cuba kejar train awal siket cadangan daripada Din. sebab nnt kul 6 ade perintah berkurung pulak.
dalam tengah sibuk2 bersiap dapat call dari Din. die kate ade budak cairo berada kat alex n nak balik cairo hari ni. die suruh kami contact die.
alhamdulillah dapat contact die n die pon sanggup nak pergi sekali ngan kami. saya n laila tunggu die kat stesen kete api sidi gaber. tengah tunggu die, ade la 3 orang cina tegur kami. diorang nak ke cairo tapi train xde. laila offer diorang ikut kami skali sebab may be kami nak tempah tramco kowt. mereka stuju sebab memang xde pilihan.
sesampainye budak cairo tu ( namenye Fathi ) kami terus bergerak menuju tempat jual tiket bas yang kami pergi sebelum tu. nak cuba naseb lagi.
tapi kalau dah naseb tu malang. memang malang la jawabnya. tramco xde bas apatahlagi.
Fathi n kawannya cube jugak cari something yang boleh menyampaikan kami semua ke cairo hari ni.
then tiba2 ade pak cik offer nak hantar kami. mahal la offer die. kami ade 6 orang. satu tramco 600 so kene seratus sorang. tapi sebab btol2 nak kejar flight kami terima.
sesampainye kami ke cairo, disebabkan waktu perintah berkurung dah stat, pak cik tramco drive melalui celah2 bangunan.kami nampak ramai orang2 lelaki arab kat luar. semuanya boleh dikatakan memegang kayu. ade jugak yang pegang parang n pisau. gerun. tiba2 pak cik tu brenti kat tempat banyak2 tramco. die kuar cakap2 ngan kengkawan die. naseb baek Fathi tu reti bahasa arab. boleh jugak die bagitahu apa yang berlaku. die kate pak cik tu xberani nak masuk dalam bandar. pastu macam mane naseb kami?
Fathi cuba telefon orang cairo nak mintak tolong tapi smeuanya xboleh sebab xde sesape yang berani kuar waktu perintah berkurung ni, kang kene tembak xpasal2.
pak cik tramco tu naseb baek baik hati. kalau ditinggalnya kami kat situ macam mane. die suruh kami tunggu dalam tramco tu, xleh keluar, nanti kene pukul ngan orang tempatan.
tempat kami tu ramai yang berjaga. yang pegang segala bende yang boleh dibuat untuk memukul pencuri.
kenapa xtidur di hotel? kami dah cube, tapi mahal sangat. 100 usd sorang. xke cekik darah tu. so kami tidur la dalam tramco pak cik tu. dengan xselesa nya. dengan bimbangnye. dengan bunyi tembakannya. dengan bunyi kereta kebal bergerak ke sana ke mari.
pape pon, kami tetap perlu habis kan 10 jam dalam tramco yang sekangkang kera itu sampailah perintah berkurung tamat esoknya...

Saturday, February 19, 2011

at last

setelah berjuta saatnya saya menunggu
akhirnya
dapat jugak saya men"online"kan diri.
saya ada banyak cerita nak bercerita.
dan banyak gamabar mahu diupload..
tapi sebelum tu kene wat story line dulu..
n kene biasakan menaip dengan notebook kakak saya..
sebab laptop saya ditinggalkan...untuk berjuang sorang2...huhu

*im not a good writer but still i will try my best!

Wednesday, January 26, 2011

facebook sudah di BLOCK di egypt

hua...hua....hua....

facebook n twitter di mesir sudah di block...

di semua pasal protest nak bangkang kerajaan...

selamat tinggal Facebook!!


* shocking news: semua pelajar di mesir MUMTAZ...hahaha




namun




beberapa ketika kemudiannya....




jeng3










facebook dah boleh MASUK

haha

wat cuak je...


* semua student mesir gagal mencipta sejarah semua MUMTAZ...kih3...

Monday, January 24, 2011

saya xsabar nak habeskan exam.......

~perbualan kami~

....abang beca! abang beca! abang beca! (hasni)


....eyh! abang beras online la.. (yan)

beras mane yang lebeh sedap?? basmathi ke faiza??

ibah:tahun ni 2010 ke 2011?
hasni:2011
ibah:la...tadi kat kertas aku tulis 2010...
tk:lek r...aku xtulis pon tarikh tadi..
hasni:kang nanti die ingat ko jawab tok tahun lepas cam ne?
tk:ish..xkang lah bengang sangat diorang baru nak tanda paper tahun lepas...


ade orang rusia singgah rumah kitorang tadi...
bukan org rusia betol2...
dak msia yg stdi kat sane...kawan Yan
diorang dah abes exam, datang mesir nak jalan2...
xpe2, nanti kitorang dah nak abes exam 3 hari lagi..
kitorang pon nak g jalan2...hihi

gambar kat bawah ni saya jumpe time saya tengah google something...
xsangka masa moden sekarang masih ade yang hidup merempat...
teringat pulak moto Bersamamu TV3...
HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN...

KASIH ABANG

credit to: http://2020-emanager.blogspot.com/2010_05_02_archive.html



exam module 9 dah abis...
ade lagi module 7 and 10...
good luck to all second year student Alexandria University...

*dok sibuk2 ngan ujian dunia jangan pulak lupa ujian 'di sana' nanti....kalau kat dunia, kalau fail boleh repeat...cuba try fail kat sane, xkan nak mintak Allah hantar balik kite ke dunia..

RENUNGILAH!!



Saturday, January 22, 2011

@#&^!()*(&^^&$^%*!@!>:"{>}}:>>":L!@!@$%#!)


EXAM cepatlah abes!!!!!!!

Friday, January 21, 2011

my desktop backgrounds....

nama saya Zulaikha
budak2 ni panggil saya TK
loghat kelantan saya pekat
saya layan drama n music korea
melayu kurang siket
mat salleh pon kurang jugak
"adek saya bakal mengikuti jejak saya dan kakak saya"
ni apa yang kakak saya tulis kat wall fb saya hari ni.
so, saya buat andaian yang dia berjaya diterima masuk MRSM
tahniah adek!
kakak saya ada 4.
3 dah kawen 1 masih single mingle lagi.
saya ada 2 orang abang.
satu dah kawen raye puasa hari tu. satu lagi nak kawen feb ni.
tahniah! moga hidup bahagia disisi isteri masing2.
saya ada adek 2 orang.
sorang yang nak masuk mrsm. sorang lagi tengah tunggu result spm.
doa2 banyak ye WEA..jangan dok membazir masa kat rumah.
saya ada abah.
abah saya hensem.pendiam.pandai masak.kelakar.baik.etc.
walaupun saya dah xde mak, saya tetap ingat dan sayang mak saya.
saya ada lagi 4 tahun nak abeskan hidup sebagai student medik.
lama jugak tu.
senior saya abang zainal dan kak sarah nak kawen.terkejut dengar berita ni. xde angin xde ribut dengar2 nak kawen
tahniah. smoga bahagia dunia dan akhirat.
hari ni saya terfikir2 patut ke saya tido lambat.
tapi sekarang memang dah lambat pon.
ahhh...

saya memang tengah bosan sekarang


~ni kartoon2 super junior...zaman kegemilangan super junior...


~comelkan die...sukew2


~tengkorak pon pernah jadi wallpaper..waktu mula2 belajar skull, excited..tapi kejap je sebab seram tgk lame2..hihi


~soong jong ki lagi...saya kipas-susah-mati die..


~lepas balik egypt...rindu kat rumah...terus letak yg ni...


~masa ni tgh gile anime...~

~ni yang sekarang...nak tenangkan minda sebab exam punyer pasal...~

salah satu hobi saya adalah menukar desktop background laptop saya..
sebab saya jenis yang cepat bosan dengan sesuatu bende..


exam xsampai dua hari lagi..xcover semua lagi...
soklan ada lagi berbundle2 nak disiapkan..
entah bersentuh ke tak...


PEGI STUDY LA ZULAIKHA!!!!!!